Friday, November 30, 2018

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan adanya aktiviti kokurikulum mampu memberikan murid-murid pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Contohnya, menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dankepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental denganperkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid, serta membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya. Antara stategi yang dapat dilaksanakan ialah memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah, menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.
Kesimpulannya, dengan adanya aktiviti kokurikulum di sekolah mampu mewujudkan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.



Nota : Pengurusan Kokurikulum 

Program Praktikum

Istilah 'praktikum' bermaksud “suatu amalan yang dibimbing berdasarkan sesuatu teori atau ilmu yang dipelajari sebelumnya”. Umumnya, program latihan pelajar di organisasi lebih dikenali sebagai latihan industri, latihan amali atau praktikal. Praktikum merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di dalam ataupun di luar negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Praktikum atau Latihan Mengajar adalah kemuncak kepada program pendidikan guru untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar di sekolah. Program praktikum  dilaksanakan bermula kemasukan Sesi 2008 / 2009, pelajar akan menjalani latihan praktikum pada Semester 7 pengajian.Antara perkara yang perlu diketahui umum berkaitan Latihan Mengajar ialah Buku Panduan Latihan Mengajar, Penyelaras Latihan Mengajar, dan Penempatan Latihan Mengajar.
Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.
Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan praktikum berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran praktikum, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar.


Untuk rujukan lanjut, layari : Rujukan Program Praktikum 

Buli Di Sekolah

Definisi
Buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagai perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.

Jenis-jenis Buli
· Buli Fizikal – Pukul, tendang, tampar.
· Buli Bahasa – Gelar nama, ketawa, racism.
· Buli Isyarat – tMenunjukkan penumbuk, jeling mata.
· Peras Ugut – Meminta wang, ambil makanan, gosok pakaian.
· Buli Perhubungan – Pulau, fitnah, mengumpat.

Punca-Punca Gejala Buli
Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh, kes Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterimakelak.
Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli. Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan  rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas. Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan  pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke  alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan  akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa  menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada  sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.

Kesan-Kesan Buli
Pembuli
*Menjadi orang dewasa yang ganas.
*Enam kali lebih berkemungkinan menjadi penjenayah pada usia 24 tahun.
*60% daripada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai pembuli dalam darjah 6 hingga tingkatan 2 terlibat dengan jenayah pada usia 24 tahun.
Mangsa Buli
*Turun Harga Diri
*Dapat dilihat daripada tingkah laku:
    Dalaman (Internalizing)Risau, Murung, Tarik diri   
   Luaran (Externalizing)– Agresif, Bertengkar, Tak jujur    
  
Langkah-langkah Mengatasi Buli
Program Rakan Sebaya
ü Mangsa buli mendapat nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli).
ü Pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya serta bimbingan tentang langkah untuk membetulkan kelakuan diri mereka.
Program Quiet Room
ü Satu bilik khas disediakan untuk mangsa buli.
ü Persekitaran selamat.
ü Meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya (penyelaras program).

Kesimpulannya
     Gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat. Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”. Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini. Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.



Nota : Buli Di Sekolah 

Pembelajaran Abad Ke-21


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
Topik ini membincangkan tentang lima standard asas PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada individu kepada individu yang lain. Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan. Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan seseorang.
Selain itu, membincangkan tentang pelan kedudukan murid di dalam kelas yang digunakan dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Contoh susunan yang digunakan ialah Rows, The Butterfly dan Modified Horseshoe :










Kesimpulannya, PAK21 merupakan salah satu inisiatif yang dirangka oleh kerajaan bagi membawa negara kita menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia.  Oleh itu,  semua pihak perlulah memainkan peranan penting dalam melaksanakan perubahan ini supaya pencapaian pendidikan di negara kita setanding dengan negara-negara maju  dan dapat membawa nama baik negara kita di persada dunia.


Nota : Pembelajaran Abad Ke-21 


Untuk maklumat lanjut layari : Berita Harian - PAK21 

Monday, November 19, 2018

Pengurusan Penasihatan Murid


Konsep penasihatan adalah memberi nasihat tentang strategi menyelesaikan   masalah   tanpa   memikirkan   perasaan   individu yang terlibat. Nasihat bermaksud ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang   pelbagai  hal. Antara ciri-ciri penasihatan ialah fokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang  paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika meninggalkan kesan.
Terdapat beberapa cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan   iaitu secara sukarela, rujukan dan dijemput oleh pihak sekolah. Antara ciri-ciri pelajar yang perlu diberikan sesi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah tingkah laku. Guru juga perlu ada kaedah dalam mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling. Dengan adanya bimbingan masalah yang dialami oleh pelajar dapat diselesaikan. Sebagai contoh, masalah pembelajaran dan masalah tingkah laku. Manakala, melalui kaunseling, masalah seperti  rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.
Tiga isi penting yang terdapat dalam topik ini ialah guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu yang mencukupi terutama dengan ilmu psikologi. Hal ini memudahkan guru untuk mengesan perubahan tingkah laku pelajar dan menggunakan pelbagai kaedah berkesan dalam membantu pelajar menanganinya. Misalnya, membantu pelajar untuk dapat menerima kelemahan yang ada pada diri mereka dan membantu mengembangkan potensi diri sepenuhnya.
Selain itu, guru perlu sentiasa ada masa yang terluang bersama-sama dengan pelajar supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Misalnya, dengan mengajak pelajar berbual mengenai isu-isu yang terkini sehingga pelajar sudi berkongsi tentang kisah diri mereka sendiri. Dengan kaedah ini, murid akan lebih bersifat terbuka dalam meluahkan segala permasalahan yang berlaku kepada mereka kerana mereka telah memberi kepercayaan kepada guru tersebut dan menerima serta melakukan segala nasihat dan bimbangan yang diberikan oleh guru dengan baik.
Akhir sekali, guru perlulah memberikan prihatin dan ikhlas dalam menegur tingkah laku pelajar dan memberikan nasihat serta bimbingan. Keikhlasan yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menjadi lebih yakin dan mengukuhkan jati diri mereka. Hal ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
Kesimpulanya, pemilihan kaedah dan teknik yang berkesan dalam memberi nasihat dan bimbingan adalah amat penting dalam menyelesaikan dan mengenai masalah yang melibatkan pelajar. Hal ini kerana pelajar merupakan individu yang masih mental terutamanya dalam kehidupan. Mereka juga mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh rakan sebaya yang membawa mereka kepada unsur-unsur negatif dan positif. Oleh itu, bukan sahaja guru pembimbing dan sentiasa memberikan nasihat supaya mereka dapat membimbing pelajar mereka ke arah yang baik. 


Nota : Pengurusan Penasihatan Murid 

Hubungan Sekolah Dengan Persekitaran


Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.




Terdapat isi penting yang yang dibincangkan dalam topik ini iaitu faktor luaran dan dalaman sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Contohnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Contohnya, Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah.Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Sebagai contoh, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua juga boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Hubungan sekolah dengan Ibu Bapa dan Masyarakat :



 Akhir sekali, Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG). Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
Kesimpulannya, hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang harmoni.


Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2015), strategi bermaksud rancangan atau pendekatan utama yang dilaksanakan dalam masa yang sama atau secara bersepadu atau rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas tersebut dengan lebih berkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Keempat (2017), pembelajaran pula merupakan perihal atau suatu proses belajar. Hal ini merujuk kepada kegiatan pembelajaran yang terdiri daripada pelajar iaitu individu yang menimba ilmu untuk mengubah sikap, tingkah laku dan untuk mendapat suatu kemahiran dengan tujuan tertentu.
Terdapat tiga isi penting yang telah dibincangkan dalam topik ini iaitu interaksi antara guru dengan murid. Dengan adanya interaksi yang terbina diantara seorang dan murid juga dapat mengeratkan lagi perhubungan yang rapat akibat daripada komunikasi terbuka. Contohnya, dalam aktiviti yang melibatkan soal jawab dan pendapat yang berlaku antara guru dan murid mengenai pembelajaran ketika itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid.
Selain itu, persekiran iklim pembelajaran yang positif juga dapat mempengaruhi pengurusan yang berlaku di dalam bilik darjah. Dengan melakukan penyusunan tempat duduk pelajar yang strategi dan berkesan dapat memudahkan mereka untuk melihat guru, papan hitam, dapat berinteraksi dengan guru dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini dapat menggalakkan lagi proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Setiap kerusi dan meja yang disediakan haruslah sempurna dan selamat digunakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar.
Akhir sekali, guru juga perlu menggunakan unsur humor dalam menceriakan suasana dalam bilik darjah. Melalui perkongsian kisah lucu yang di ceritakan oleh guru ataupun daripada tayangan video yang diberikan kepada pelajar sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal pelajar akibat pembelajaran seharian dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Unsur humor ini juga dapat mengurangkan tanggapan pelajar terhadap personality guru tersebut.
Tuntasnya, guru haruslah meningkatkan dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna dan berkesan agar dapat menerajui bilik pembelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Hal ini kerana peranan dan tugas mereka sebagai guru dalam menguruskan bilik pembelajaran yang semakin mencabar.


Nota : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar 

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Pengurusan murid pelbagai upaya adalah salah satu inisiatif yang diambil bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pelajaran. Topik ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Pendidikan khas merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Sebagai contoh, satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas.
Pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program Pemulihan merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus bersama murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Hasil daripada program ini, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi oleh guru-guru mereka.
Selain itu, Program Pengayaan. Program ini bertujuan memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dengan ini, murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Program ini dilaksanakan dengan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bimbingan daripada guru-guru adalah pada tahap manima dalm program tersebut.
Seterusnya, Murid Berkeperluan Khas. Menurut Garciulo (2003), murid pelbagai upaya merupakan individu yang berbeza dari segi sosial atau masyarakat biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ciri-ciri fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang signifikan. Kebanyakan kanak-kanak ini mungkin memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Sebagai contoh, murid yang berkeperluan khas ialah pintar cerdas, autisme, disleksia.
Akhir sekali, Murid Pelbagai Kecerdaan . Teori Kecerdasan Pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.  Beliau turut memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Contohnya, Kecerdasan Logik-Matematik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik Badan, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Ruang Visual, Kecerdasan Naturalis, dan Kecerdasan Eksistensialis.
 Kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.


Saturday, November 17, 2018

Pengurusan Pelbagai Budaya

Pelbagai budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 
Pengurusan pelbagai budaya di sekolah adalah amat penting kerana mampu memberikan pelbagai impak yang positif terutama kepada individu, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, kaedah penyusunan dan perancangan bagi sekolah yang mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya perlulah disusun dengan rapi dan berkesan dalam mencapai matlamatnya yang tersendiri.
Topik   ini   menyentuh   mengenai   kepelbagaian   budaya   dalam kalangan murid serta guru-guru. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih lebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.  
Setyerusnya, setiap pelajar tanpa mengira gender dan kaum perlu dididik untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai kaedah yang sesuai dalam mengamalkan empat ciri amalan menghormati dan bertolak ansur antara sama lain. Hal ini bagi mengelakkan mereka melakukan amalan yang tidak disenangi terutama dari segi bahasa kurang elok dan ajukkan dialek.
Akhir sekali, pelajar perlu disedarkan bahawa menghormati pelajar lain bukan bererti takut atau mengalah. Menghormati adalah untuk mewujudkan suasana yang harmoni dengan adanya sifat saling bantu membantu antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai sikap begini akan memperoleh lebih ramai rakan kerana sikapnya yang disenangi oleh pelajar yang lain dan guru-guru.
Kesimpulanya, pemupukan semangat perpaduan sememangnya bermula di sekolah. Di sekolah jugalah pelajar di dedahkan mengenai perpaduan dan kepentingannya kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Dengan ini diharapkan peristiwa hitam yang berlaku seperti 13 Mei 1969 tidak berulang kembali.



Pengurusan Disiplin

Pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Manakala, disiplin pelajar membawa maksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik atau kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan. Pengurusan disiplin ini boleh dikatakan satu rancangan yang bertujuan untuk memperbetulkan tingkah laku pelajar yang bermasalah ke satu matlamat dengan mengunakan teknik yang sesuai dan berkesan.
Terdapat beberapa isi penting yang dibincangkan dalam tajuk ini iaitu maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. Terdapat beberapa peraturan yang dinyatakan seperti Peraturan 6, Peraturan 8, Peraturan 10, Peraturan 11 serta Peraturan 12 yang menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam menangani sesuatu masalah yang berkaitan dengan pelajar.
Seterusnya, selain peraturan-peraturan terdapat juga surat pekeliling yang dikeluarkan  oleh pihak kementerian seperti SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983, menyatakan mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran. Contoh mengetuk, menyekel, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang dan menjemur pelajar. Hukuman biasa ini tidak boleh dijalankan disekolah kepada pelajar.
Selain itu, Surat KPM KP (BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001 iaitu Pengurusan Pelajar Secara Kolektif menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama. Oleh itu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, Guru-Guru Kaunseling, Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah. Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Akhir sekali, mengenai perkara yang berkaitan dengan menggunakan kaedah pembetulan berlebihan. Sebagai contoh, murid yang didapati membuang sampah merata-rata di dalam kelas akan dikenakan denda untuk membersihkan kelas selama seminggu. Dengan menggunakan kaedah ini dapat menunjukkan ianya merupakan satu strategi yang memerlukan murid yang melakukan kesalahan akan mendapat denda yang setimpal bagi menjadikan murid tersebut mempunyai sikap yang lebih baik.  
Kesimpulannya, pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar adalah bergantung kepada penguasaan guru terhadap isi kandung surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Surat pekeliling ikhtisas ini menerangkan mengenai pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar kepada guru. Oleh itu, guru haruslah memahami dan mengikuti semua peraturan yang telah diarahkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Untuk Maklumat Lebih Lanjut Layari : 

Pengurusan Sumber Pembelajaran

Pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas agar berjalan dengan lebih berkesan. Selain itu, pengurusan juga didefinisikan sebagai suatu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan.
Kaedah pembelajaran berasaskan sumber merujuk meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid bersifat individu atau secara kumpulan menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.
Bab ini megupas tentang ciri-ciri, fungsi, serta langkah-langkah pembentukan pusat sumber yang bekesan. terdapat banyak fungsi-fungsi pusat sumber seperti mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum, berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan, penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin dan lain-lain.
Selain itu, pihak bertugas di pusat sumber juga perlu mengorganisasikan semua bahan bacaan di pusat sumber. Sebagai contoh, menyusun buku mengikut sukatan masing, seperti bahan rujukan sains di rak sains, buku fiksyen di rak fiksyen dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid dan guru untuk mencari buku yang dikehendaki. Seterusnyai, menyediakan kemudahan bilik-bilik khas seperti bilik tayang, bilik media dan sebagainya. Tujuan ini adalah untuk memudahkan guru selesa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar dalam suasana yang baru selain daripada kelas. 
Disamping itu, terdapat komponen pembelajaran berasaskan sumber seperti penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah, penggunaan alat pandang dengar. 
Tuntasnya, terdapat banyak kebaikan pengurusan sumber yang dapat diperolehi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pelajar. Secara tidak langsung, masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mampu membangunkan negara terutama dari segi kemajuan, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Layari : 
Blogspot : Pengurusan Sumber Pembelajaran

Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21

Pengurusan bermaksud satu perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Bilik darjah dimaksudkan sebagai aktiviti dalam bilik darjah melibatkan yang murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Bilik darjah abad ke-21 pula membawa maksud, mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran yang kreatif, hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.
Aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan standard, prosedur dan rutin bilik darjah. Guru hendaklah membuat pemeriksaan terhadap keadaan fizikal bilik darjah mengikut waktu yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan proses PdP berjalan dalam keadaan yang bersih dan bersih. Suasana yang bersih dapat mengalakkan lagi proses pencerapan ilmu yang di ajar agar lebih mudah difahami.
Selain itu, guru juga perlu merancang dan mengubahsuai persekitaran. Sebagai contoh setiap penyusunan meja dan kerusi pelajar disusun mengikut kumpulan yang sesuai bagi memudahkan interaksi mereka antara satu sama lain. Proses perbincangan antara pelajar dengan pelajar lain juga dapat di jalanka dengan lancar. Dengan itu ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta pembelajaran pelajar.  Suasana bilik darjah juga dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Akhir sekali, guru juga harus menyediakan bahan dan cara penyampaian yang menarik, sesuai dan wajar. Dengan penggunaan alat bantu belajar seperti perisian multimedia, internet dan sebagainya dapat menggalakkan lagi minat pelajar untuk mendalami dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu yang diajar. Contohnya. Penggunaan “google” dalam membantu pelajar mencari pelbagai maklumat dengan lebih cepat dan tepat
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi pengurusan bilik darjah terutama dari segi fizikal, sosial dan emosi. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran adalah bergantung kepada strategi pengurusan bilik darjah yang terancang dan menarik.


Untuk Maklumat Lebih Lanjut Layari : 

Pengurusan Murid

Pengurusan didefinisikan sebagai perbuatan atau hal dalam menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas dengan lebih berkesan. Definisi murid pula merujuk kepada individu yang menimba ilmu bagi mengubah sikap, tingkah laku dan untuk mendapatkan kemahiran agar dapat digunakan untuk membangunkan negara, masyarakat dan diri sendiri. Pelaksanaan pengurusan murid juga adalah penting dalam sesebuah sekolah kerana ianya mencerminkan prestasi dan peningkatan sesebuah sekolah.
Terdapat isi penting yang dapat saya perolehi daripada tajuk ini ialah sistem rekod murid. Sebagai contoh, Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card), Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning), Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru), Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Rekod-rekod murid ini perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas, disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Selain itu, pengurusan murid juga terbahagi kepada dua iaitu hal ehwal murid (Rekod Pelajar) dan pembelajaran (Kesediaan Belajar dan Motivasi). Hal ini sangat penting bagi guru mengetahui keperluan murid. Contohnya, Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah. Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang? Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah amat penting kerana pelaksanaannya akan mencerminkan prestasi sesebuah sekolah itu. Pengurusan murid memainkan peranan bagi menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan di dalam sebuah sekolah. Pengurusan murid di sekolah juga membuktikan kecekapan dan sistematiknya seorang guru dalam menjalankan amanah dalam menguruskan pelajarnya di sekolah. Setiap guru perlu mengetahui tentang kematangan fizikal iaitu berupaya dari segi kognitif, efektif dan kemahiran insaniah dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

Untuk Maklumat Lanjut Layari : Blogspot : Pengurusan Murid 

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengiku...