Pengurusan murid pelbagai upaya adalah salah satu inisiatif yang diambil bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pelajaran. Topik ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Pendidikan khas merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Sebagai contoh, satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas.
Pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program Pemulihan merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus bersama murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. Hasil daripada program ini, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi oleh guru-guru mereka.
Selain itu, Program Pengayaan. Program ini bertujuan memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dengan ini, murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Program ini dilaksanakan dengan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bimbingan daripada guru-guru adalah pada tahap manima dalm program tersebut.
Seterusnya, Murid Berkeperluan Khas. Menurut Garciulo (2003), murid pelbagai upaya merupakan individu yang berbeza dari segi sosial atau masyarakat biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ciri-ciri fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang signifikan. Kebanyakan kanak-kanak ini mungkin memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Sebagai contoh, murid yang berkeperluan khas ialah pintar cerdas, autisme, disleksia.
Akhir sekali, Murid Pelbagai Kecerdaan . Teori Kecerdasan Pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Beliau turut memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Contohnya, Kecerdasan Logik-Matematik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik Badan, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Ruang Visual, Kecerdasan Naturalis, dan Kecerdasan Eksistensialis.
Kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.
Kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.
No comments:
Post a Comment