Pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Manakala, disiplin pelajar membawa maksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik atau kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan. Pengurusan disiplin ini boleh dikatakan satu rancangan yang bertujuan untuk memperbetulkan tingkah laku pelajar yang bermasalah ke satu matlamat dengan mengunakan teknik yang sesuai dan berkesan.
Terdapat beberapa isi penting yang dibincangkan dalam tajuk ini iaitu maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. Terdapat beberapa peraturan yang dinyatakan seperti Peraturan 6, Peraturan 8, Peraturan 10, Peraturan 11 serta Peraturan 12 yang menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam menangani sesuatu masalah yang berkaitan dengan pelajar.
Seterusnya, selain peraturan-peraturan terdapat juga surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kementerian seperti SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983, menyatakan mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran. Contoh mengetuk, menyekel, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang dan menjemur pelajar. Hukuman biasa ini tidak boleh dijalankan disekolah kepada pelajar.
Selain itu, Surat KPM KP (BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001 iaitu Pengurusan Pelajar Secara Kolektif menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar. Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama. Oleh itu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, Guru-Guru Kaunseling, Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah. Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.
Akhir sekali, mengenai perkara yang berkaitan dengan menggunakan kaedah pembetulan berlebihan. Sebagai contoh, murid yang didapati membuang sampah merata-rata di dalam kelas akan dikenakan denda untuk membersihkan kelas selama seminggu. Dengan menggunakan kaedah ini dapat menunjukkan ianya merupakan satu strategi yang memerlukan murid yang melakukan kesalahan akan mendapat denda yang setimpal bagi menjadikan murid tersebut mempunyai sikap yang lebih baik.
Kesimpulannya, pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar adalah bergantung kepada penguasaan guru terhadap isi kandung surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Surat pekeliling ikhtisas ini menerangkan mengenai pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar kepada guru. Oleh itu, guru haruslah memahami dan mengikuti semua peraturan yang telah diarahkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Nota : Pengurusan Disiplin
Untuk Maklumat Lebih Lanjut Layari :
No comments:
Post a Comment