Pelbagai budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Pengurusan pelbagai budaya di sekolah adalah amat penting kerana mampu memberikan pelbagai impak yang positif terutama kepada individu, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, kaedah penyusunan dan perancangan bagi sekolah yang mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya perlulah disusun dengan rapi dan berkesan dalam mencapai matlamatnya yang tersendiri.
Topik ini menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid serta guru-guru. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih lebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.
Setyerusnya, setiap pelajar tanpa mengira gender dan kaum perlu dididik untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai kaedah yang sesuai dalam mengamalkan empat ciri amalan menghormati dan bertolak ansur antara sama lain. Hal ini bagi mengelakkan mereka melakukan amalan yang tidak disenangi terutama dari segi bahasa kurang elok dan ajukkan dialek.
Akhir sekali, pelajar perlu disedarkan bahawa menghormati pelajar lain bukan bererti takut atau mengalah. Menghormati adalah untuk mewujudkan suasana yang harmoni dengan adanya sifat saling bantu membantu antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai sikap begini akan memperoleh lebih ramai rakan kerana sikapnya yang disenangi oleh pelajar yang lain dan guru-guru.
Kesimpulanya, pemupukan semangat perpaduan sememangnya bermula di sekolah. Di sekolah jugalah pelajar di dedahkan mengenai perpaduan dan kepentingannya kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Dengan ini diharapkan peristiwa hitam yang berlaku seperti 13 Mei 1969 tidak berulang kembali.
Nota : Pengurusan Pelbagai Budaya
No comments:
Post a Comment