Saturday, November 17, 2018

Pengurusan Murid

Pengurusan didefinisikan sebagai perbuatan atau hal dalam menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas dengan lebih berkesan. Definisi murid pula merujuk kepada individu yang menimba ilmu bagi mengubah sikap, tingkah laku dan untuk mendapatkan kemahiran agar dapat digunakan untuk membangunkan negara, masyarakat dan diri sendiri. Pelaksanaan pengurusan murid juga adalah penting dalam sesebuah sekolah kerana ianya mencerminkan prestasi dan peningkatan sesebuah sekolah.
Terdapat isi penting yang dapat saya perolehi daripada tajuk ini ialah sistem rekod murid. Sebagai contoh, Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card), Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning), Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru), Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Rekod-rekod murid ini perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas, disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Selain itu, pengurusan murid juga terbahagi kepada dua iaitu hal ehwal murid (Rekod Pelajar) dan pembelajaran (Kesediaan Belajar dan Motivasi). Hal ini sangat penting bagi guru mengetahui keperluan murid. Contohnya, Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah. Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang? Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah amat penting kerana pelaksanaannya akan mencerminkan prestasi sesebuah sekolah itu. Pengurusan murid memainkan peranan bagi menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan di dalam sebuah sekolah. Pengurusan murid di sekolah juga membuktikan kecekapan dan sistematiknya seorang guru dalam menjalankan amanah dalam menguruskan pelajarnya di sekolah. Setiap guru perlu mengetahui tentang kematangan fizikal iaitu berupaya dari segi kognitif, efektif dan kemahiran insaniah dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

Untuk Maklumat Lanjut Layari : Blogspot : Pengurusan Murid 

No comments:

Post a Comment

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengiku...