Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2015), strategi bermaksud rancangan atau pendekatan utama yang dilaksanakan dalam masa yang sama atau secara bersepadu atau rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas tersebut dengan lebih berkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Keempat (2017), pembelajaran pula merupakan perihal atau suatu proses belajar. Hal ini merujuk kepada kegiatan pembelajaran yang terdiri daripada pelajar iaitu individu yang menimba ilmu untuk mengubah sikap, tingkah laku dan untuk mendapat suatu kemahiran dengan tujuan tertentu.
Terdapat tiga isi penting yang telah dibincangkan dalam topik ini iaitu interaksi antara guru dengan murid. Dengan adanya interaksi yang terbina diantara seorang dan murid juga dapat mengeratkan lagi perhubungan yang rapat akibat daripada komunikasi terbuka. Contohnya, dalam aktiviti yang melibatkan soal jawab dan pendapat yang berlaku antara guru dan murid mengenai pembelajaran ketika itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid.
Selain itu, persekiran iklim pembelajaran yang positif juga dapat mempengaruhi pengurusan yang berlaku di dalam bilik darjah. Dengan melakukan penyusunan tempat duduk pelajar yang strategi dan berkesan dapat memudahkan mereka untuk melihat guru, papan hitam, dapat berinteraksi dengan guru dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini dapat menggalakkan lagi proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Setiap kerusi dan meja yang disediakan haruslah sempurna dan selamat digunakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar.
Akhir sekali, guru juga perlu menggunakan unsur humor dalam menceriakan suasana dalam bilik darjah. Melalui perkongsian kisah lucu yang di ceritakan oleh guru ataupun daripada tayangan video yang diberikan kepada pelajar sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal pelajar akibat pembelajaran seharian dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Unsur humor ini juga dapat mengurangkan tanggapan pelajar terhadap personality guru tersebut.
Tuntasnya, guru haruslah meningkatkan dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna dan berkesan agar dapat menerajui bilik pembelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Hal ini kerana peranan dan tugas mereka sebagai guru dalam menguruskan bilik pembelajaran yang semakin mencabar.
Nota : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar
Nota : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar
No comments:
Post a Comment