Pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas agar berjalan dengan lebih berkesan. Selain itu, pengurusan juga didefinisikan sebagai suatu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan.
Kaedah pembelajaran berasaskan sumber merujuk meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid bersifat individu atau secara kumpulan menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.
Bab ini megupas tentang ciri-ciri, fungsi, serta langkah-langkah pembentukan pusat sumber yang bekesan. terdapat banyak fungsi-fungsi pusat sumber seperti mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum, berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan, penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin dan lain-lain.
Selain itu, pihak bertugas di pusat sumber juga perlu mengorganisasikan semua bahan bacaan di pusat sumber. Sebagai contoh, menyusun buku mengikut sukatan masing, seperti bahan rujukan sains di rak sains, buku fiksyen di rak fiksyen dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid dan guru untuk mencari buku yang dikehendaki. Seterusnyai, menyediakan kemudahan bilik-bilik khas seperti bilik tayang, bilik media dan sebagainya. Tujuan ini adalah untuk memudahkan guru selesa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar dalam suasana yang baru selain daripada kelas.
Disamping itu, terdapat komponen pembelajaran berasaskan sumber seperti penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah, penggunaan alat pandang dengar.
Tuntasnya, terdapat banyak kebaikan pengurusan sumber yang dapat diperolehi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pelajar. Secara tidak langsung, masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mampu membangunkan negara terutama dari segi kemajuan, ekonomi, budaya dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment