Konsep penasihatan adalah memberi nasihat tentang strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Nasihat bermaksud ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Antara ciri-ciri penasihatan ialah fokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika meninggalkan kesan.
Terdapat beberapa cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan dan dijemput oleh pihak sekolah. Antara ciri-ciri pelajar yang perlu diberikan sesi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah tingkah laku. Guru juga perlu ada kaedah dalam mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling. Dengan adanya bimbingan masalah yang dialami oleh pelajar dapat diselesaikan. Sebagai contoh, masalah pembelajaran dan masalah tingkah laku. Manakala, melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.
Tiga isi penting yang terdapat dalam topik ini ialah guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu yang mencukupi terutama dengan ilmu psikologi. Hal ini memudahkan guru untuk mengesan perubahan tingkah laku pelajar dan menggunakan pelbagai kaedah berkesan dalam membantu pelajar menanganinya. Misalnya, membantu pelajar untuk dapat menerima kelemahan yang ada pada diri mereka dan membantu mengembangkan potensi diri sepenuhnya.
Selain itu, guru perlu sentiasa ada masa yang terluang bersama-sama dengan pelajar supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Misalnya, dengan mengajak pelajar berbual mengenai isu-isu yang terkini sehingga pelajar sudi berkongsi tentang kisah diri mereka sendiri. Dengan kaedah ini, murid akan lebih bersifat terbuka dalam meluahkan segala permasalahan yang berlaku kepada mereka kerana mereka telah memberi kepercayaan kepada guru tersebut dan menerima serta melakukan segala nasihat dan bimbangan yang diberikan oleh guru dengan baik.
Akhir sekali, guru perlulah memberikan prihatin dan ikhlas dalam menegur tingkah laku pelajar dan memberikan nasihat serta bimbingan. Keikhlasan yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menjadi lebih yakin dan mengukuhkan jati diri mereka. Hal ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
Kesimpulanya, pemilihan kaedah dan teknik yang berkesan dalam memberi nasihat dan bimbingan adalah amat penting dalam menyelesaikan dan mengenai masalah yang melibatkan pelajar. Hal ini kerana pelajar merupakan individu yang masih mental terutamanya dalam kehidupan. Mereka juga mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh rakan sebaya yang membawa mereka kepada unsur-unsur negatif dan positif. Oleh itu, bukan sahaja guru pembimbing dan sentiasa memberikan nasihat supaya mereka dapat membimbing pelajar mereka ke arah yang baik.
Nota : Pengurusan Penasihatan Murid
Nota : Pengurusan Penasihatan Murid
No comments:
Post a Comment