Pengurusan bermaksud satu perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Bilik darjah dimaksudkan sebagai aktiviti dalam bilik darjah melibatkan yang murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Bilik darjah abad ke-21 pula membawa maksud, mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran yang kreatif, hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.
Aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan standard, prosedur dan rutin bilik darjah. Guru hendaklah membuat pemeriksaan terhadap keadaan fizikal bilik darjah mengikut waktu yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan proses PdP berjalan dalam keadaan yang bersih dan bersih. Suasana yang bersih dapat mengalakkan lagi proses pencerapan ilmu yang di ajar agar lebih mudah difahami.
Selain itu, guru juga perlu merancang dan mengubahsuai persekitaran. Sebagai contoh setiap penyusunan meja dan kerusi pelajar disusun mengikut kumpulan yang sesuai bagi memudahkan interaksi mereka antara satu sama lain. Proses perbincangan antara pelajar dengan pelajar lain juga dapat di jalanka dengan lancar. Dengan itu ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta pembelajaran pelajar. Suasana bilik darjah juga dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Akhir sekali, guru juga harus menyediakan bahan dan cara penyampaian yang menarik, sesuai dan wajar. Dengan penggunaan alat bantu belajar seperti perisian multimedia, internet dan sebagainya dapat menggalakkan lagi minat pelajar untuk mendalami dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu yang diajar. Contohnya. Penggunaan “google” dalam membantu pelajar mencari pelbagai maklumat dengan lebih cepat dan tepat
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi pengurusan bilik darjah terutama dari segi fizikal, sosial dan emosi. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran adalah bergantung kepada strategi pengurusan bilik darjah yang terancang dan menarik.
Untuk Maklumat Lebih Lanjut Layari :
No comments:
Post a Comment