Friday, November 30, 2018

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan adanya aktiviti kokurikulum mampu memberikan murid-murid pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Contohnya, menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dankepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental denganperkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid, serta membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya. Antara stategi yang dapat dilaksanakan ialah memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah, menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.
Kesimpulannya, dengan adanya aktiviti kokurikulum di sekolah mampu mewujudkan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.



Nota : Pengurusan Kokurikulum 

No comments:

Post a Comment

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengiku...