Definisi
Buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagai perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.
Jenis-jenis Buli
· Buli Fizikal – Pukul, tendang, tampar.
· Buli Bahasa – Gelar nama, ketawa, racism.
· Buli Isyarat – tMenunjukkan penumbuk, jeling mata.
· Peras Ugut – Meminta wang, ambil makanan, gosok pakaian.
· Buli Perhubungan – Pulau, fitnah, mengumpat.
Punca-Punca Gejala Buli
Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh, kes Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterimakelak.
Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli. Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas. Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.
Kesan-Kesan Buli
v Pembuli
*Menjadi orang dewasa yang ganas.
*Enam kali lebih berkemungkinan menjadi penjenayah pada usia 24 tahun.
*60% daripada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai pembuli dalam darjah 6 hingga tingkatan 2 terlibat dengan jenayah pada usia 24 tahun.
v Mangsa Buli
*Turun Harga Diri
*Dapat dilihat daripada tingkah laku:
Dalaman (Internalizing)- Risau, Murung, Tarik diri
Luaran (Externalizing)– Agresif, Bertengkar, Tak jujur
Langkah-langkah Mengatasi Buli
v Program Rakan Sebaya
ü Mangsa buli mendapat nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli).
ü Pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya serta bimbingan tentang langkah untuk membetulkan kelakuan diri mereka.
v Program Quiet Room
ü Satu bilik khas disediakan untuk mangsa buli.
ü Persekitaran selamat.
ü Meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya (penyelaras program).
Kesimpulannya
Gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat. Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”. Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini. Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.
Nota : Buli Di Sekolah
Nota : Buli Di Sekolah
No comments:
Post a Comment