Friday, November 30, 2018

Program Praktikum

Istilah 'praktikum' bermaksud “suatu amalan yang dibimbing berdasarkan sesuatu teori atau ilmu yang dipelajari sebelumnya”. Umumnya, program latihan pelajar di organisasi lebih dikenali sebagai latihan industri, latihan amali atau praktikal. Praktikum merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di dalam ataupun di luar negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Praktikum atau Latihan Mengajar adalah kemuncak kepada program pendidikan guru untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar di sekolah. Program praktikum  dilaksanakan bermula kemasukan Sesi 2008 / 2009, pelajar akan menjalani latihan praktikum pada Semester 7 pengajian.Antara perkara yang perlu diketahui umum berkaitan Latihan Mengajar ialah Buku Panduan Latihan Mengajar, Penyelaras Latihan Mengajar, dan Penempatan Latihan Mengajar.
Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.
Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan praktikum berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran praktikum, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar.


Untuk rujukan lanjut, layari : Rujukan Program Praktikum 

No comments:

Post a Comment

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengiku...