Friday, November 30, 2018

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan adanya aktiviti kokurikulum mampu memberikan murid-murid pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Contohnya, menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dankepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental denganperkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid, serta membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya. Antara stategi yang dapat dilaksanakan ialah memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah, menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.
Kesimpulannya, dengan adanya aktiviti kokurikulum di sekolah mampu mewujudkan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.



Nota : Pengurusan Kokurikulum 

Program Praktikum

Istilah 'praktikum' bermaksud “suatu amalan yang dibimbing berdasarkan sesuatu teori atau ilmu yang dipelajari sebelumnya”. Umumnya, program latihan pelajar di organisasi lebih dikenali sebagai latihan industri, latihan amali atau praktikal. Praktikum merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di dalam ataupun di luar negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Praktikum atau Latihan Mengajar adalah kemuncak kepada program pendidikan guru untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar di sekolah. Program praktikum  dilaksanakan bermula kemasukan Sesi 2008 / 2009, pelajar akan menjalani latihan praktikum pada Semester 7 pengajian.Antara perkara yang perlu diketahui umum berkaitan Latihan Mengajar ialah Buku Panduan Latihan Mengajar, Penyelaras Latihan Mengajar, dan Penempatan Latihan Mengajar.
Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.
Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan praktikum berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran praktikum, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar.


Untuk rujukan lanjut, layari : Rujukan Program Praktikum 

Buli Di Sekolah

Definisi
Buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagai perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.

Jenis-jenis Buli
· Buli Fizikal – Pukul, tendang, tampar.
· Buli Bahasa – Gelar nama, ketawa, racism.
· Buli Isyarat – tMenunjukkan penumbuk, jeling mata.
· Peras Ugut – Meminta wang, ambil makanan, gosok pakaian.
· Buli Perhubungan – Pulau, fitnah, mengumpat.

Punca-Punca Gejala Buli
Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh, kes Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterimakelak.
Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli. Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan  rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas. Lambakan filem aksi seperti Gengster,Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan  pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke  alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan  akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa  menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya.Ada  sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut.Oleh hal yang demikian.jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli.

Kesan-Kesan Buli
Pembuli
*Menjadi orang dewasa yang ganas.
*Enam kali lebih berkemungkinan menjadi penjenayah pada usia 24 tahun.
*60% daripada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai pembuli dalam darjah 6 hingga tingkatan 2 terlibat dengan jenayah pada usia 24 tahun.
Mangsa Buli
*Turun Harga Diri
*Dapat dilihat daripada tingkah laku:
    Dalaman (Internalizing)Risau, Murung, Tarik diri   
   Luaran (Externalizing)– Agresif, Bertengkar, Tak jujur    
  
Langkah-langkah Mengatasi Buli
Program Rakan Sebaya
ü Mangsa buli mendapat nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli).
ü Pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya serta bimbingan tentang langkah untuk membetulkan kelakuan diri mereka.
Program Quiet Room
ü Satu bilik khas disediakan untuk mangsa buli.
ü Persekitaran selamat.
ü Meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya (penyelaras program).

Kesimpulannya
     Gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat. Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.”. Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini. Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.



Nota : Buli Di Sekolah 

Pembelajaran Abad Ke-21


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
Topik ini membincangkan tentang lima standard asas PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada individu kepada individu yang lain. Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan. Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan seseorang.
Selain itu, membincangkan tentang pelan kedudukan murid di dalam kelas yang digunakan dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Contoh susunan yang digunakan ialah Rows, The Butterfly dan Modified Horseshoe :










Kesimpulannya, PAK21 merupakan salah satu inisiatif yang dirangka oleh kerajaan bagi membawa negara kita menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia.  Oleh itu,  semua pihak perlulah memainkan peranan penting dalam melaksanakan perubahan ini supaya pencapaian pendidikan di negara kita setanding dengan negara-negara maju  dan dapat membawa nama baik negara kita di persada dunia.


Nota : Pembelajaran Abad Ke-21 


Untuk maklumat lanjut layari : Berita Harian - PAK21 

Monday, November 19, 2018

Pengurusan Penasihatan Murid


Konsep penasihatan adalah memberi nasihat tentang strategi menyelesaikan   masalah   tanpa   memikirkan   perasaan   individu yang terlibat. Nasihat bermaksud ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang   pelbagai  hal. Antara ciri-ciri penasihatan ialah fokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang  paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika meninggalkan kesan.
Terdapat beberapa cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan   iaitu secara sukarela, rujukan dan dijemput oleh pihak sekolah. Antara ciri-ciri pelajar yang perlu diberikan sesi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah tingkah laku. Guru juga perlu ada kaedah dalam mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling. Dengan adanya bimbingan masalah yang dialami oleh pelajar dapat diselesaikan. Sebagai contoh, masalah pembelajaran dan masalah tingkah laku. Manakala, melalui kaunseling, masalah seperti  rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.
Tiga isi penting yang terdapat dalam topik ini ialah guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu yang mencukupi terutama dengan ilmu psikologi. Hal ini memudahkan guru untuk mengesan perubahan tingkah laku pelajar dan menggunakan pelbagai kaedah berkesan dalam membantu pelajar menanganinya. Misalnya, membantu pelajar untuk dapat menerima kelemahan yang ada pada diri mereka dan membantu mengembangkan potensi diri sepenuhnya.
Selain itu, guru perlu sentiasa ada masa yang terluang bersama-sama dengan pelajar supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Misalnya, dengan mengajak pelajar berbual mengenai isu-isu yang terkini sehingga pelajar sudi berkongsi tentang kisah diri mereka sendiri. Dengan kaedah ini, murid akan lebih bersifat terbuka dalam meluahkan segala permasalahan yang berlaku kepada mereka kerana mereka telah memberi kepercayaan kepada guru tersebut dan menerima serta melakukan segala nasihat dan bimbangan yang diberikan oleh guru dengan baik.
Akhir sekali, guru perlulah memberikan prihatin dan ikhlas dalam menegur tingkah laku pelajar dan memberikan nasihat serta bimbingan. Keikhlasan yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menjadi lebih yakin dan mengukuhkan jati diri mereka. Hal ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
Kesimpulanya, pemilihan kaedah dan teknik yang berkesan dalam memberi nasihat dan bimbingan adalah amat penting dalam menyelesaikan dan mengenai masalah yang melibatkan pelajar. Hal ini kerana pelajar merupakan individu yang masih mental terutamanya dalam kehidupan. Mereka juga mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh rakan sebaya yang membawa mereka kepada unsur-unsur negatif dan positif. Oleh itu, bukan sahaja guru pembimbing dan sentiasa memberikan nasihat supaya mereka dapat membimbing pelajar mereka ke arah yang baik. 


Nota : Pengurusan Penasihatan Murid 

Hubungan Sekolah Dengan Persekitaran


Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.




Terdapat isi penting yang yang dibincangkan dalam topik ini iaitu faktor luaran dan dalaman sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Contohnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Contohnya, Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah.Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Sebagai contoh, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua juga boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Hubungan sekolah dengan Ibu Bapa dan Masyarakat :



 Akhir sekali, Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG). Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
Kesimpulannya, hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang harmoni.


Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2015), strategi bermaksud rancangan atau pendekatan utama yang dilaksanakan dalam masa yang sama atau secara bersepadu atau rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), pengurusan bermaksud perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Perkara ini merujuk kepada tanggungjawab ataupun tugas dalam mengatur, menyusun ataupun menjaga sesuatu tugas tersebut dengan lebih berkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke Keempat (2017), pembelajaran pula merupakan perihal atau suatu proses belajar. Hal ini merujuk kepada kegiatan pembelajaran yang terdiri daripada pelajar iaitu individu yang menimba ilmu untuk mengubah sikap, tingkah laku dan untuk mendapat suatu kemahiran dengan tujuan tertentu.
Terdapat tiga isi penting yang telah dibincangkan dalam topik ini iaitu interaksi antara guru dengan murid. Dengan adanya interaksi yang terbina diantara seorang dan murid juga dapat mengeratkan lagi perhubungan yang rapat akibat daripada komunikasi terbuka. Contohnya, dalam aktiviti yang melibatkan soal jawab dan pendapat yang berlaku antara guru dan murid mengenai pembelajaran ketika itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid.
Selain itu, persekiran iklim pembelajaran yang positif juga dapat mempengaruhi pengurusan yang berlaku di dalam bilik darjah. Dengan melakukan penyusunan tempat duduk pelajar yang strategi dan berkesan dapat memudahkan mereka untuk melihat guru, papan hitam, dapat berinteraksi dengan guru dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini dapat menggalakkan lagi proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Setiap kerusi dan meja yang disediakan haruslah sempurna dan selamat digunakan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar.
Akhir sekali, guru juga perlu menggunakan unsur humor dalam menceriakan suasana dalam bilik darjah. Melalui perkongsian kisah lucu yang di ceritakan oleh guru ataupun daripada tayangan video yang diberikan kepada pelajar sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal pelajar akibat pembelajaran seharian dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Unsur humor ini juga dapat mengurangkan tanggapan pelajar terhadap personality guru tersebut.
Tuntasnya, guru haruslah meningkatkan dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna dan berkesan agar dapat menerajui bilik pembelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Hal ini kerana peranan dan tugas mereka sebagai guru dalam menguruskan bilik pembelajaran yang semakin mencabar.


Nota : Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar 

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengiku...